" There won't be a better tomorrow if you can't move on from today..WELCOME "

Saturday, June 26, 2010

Seluar jeans paling mahal...


Jeans memang diminati ramai, bukannya Jin tu, tapi seluar jeans. Makin lusuh makin mahal. Makin lama juga makin menaikkan harga sesehelai seluar tersebut.

Levi’s pernah membida sehelai seluar jeans keluaran mereka dengan harga $46,532 sebelum ini. Namun demikian seluar Levi’s yang paling mahal pernah dicatatkan ialah berharga $60,000 yang dibeli oleh peminat Levi’s dari Jepun pada tahun 2005. Model 501 itu dibuat pada tahun 1880.

Namun demikian levi’s di atas bukanlah jeans paling mahal kerana jeans paling mahal dipegang oleh Jeans Dussault Apparel’s Trashed Denim yang berharga $250,000. Kalau anda seorang yang kaya dan peminat jeans anda boleh beli di Dussault store, Los Angeles atau Kustom, New York City.
hidup jangan menyusahkan orang lain

1 comment:

  1. seluar sekolah aq lagi cantik walau x mahal....

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...